roti pisang

Roti Pisang Rangup Guna Roti Buku, Sesuai Makan Masa Sarapan.

Roti ni akan di bakar menggunakan air fryer. Lebih kurang 5-7 minit je masa nak bakar roti ni. So, keseluruhan masa yang diambil dalam penyediaan roti ni lebih kurang 15-20 minit je. Sesuai untuk penyediaan sarapan pagi dan minum petang.

Artikel berkaitan: Cara Buat Lasagna ‘Simple’ Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western

Pisang yang sesuai di gunakan dalam penyediaan hidangan ni adalah pisang berangan. Kita akan hiris nipis pisang dan susun dibahagian atasnya mengikut kreativiti masing-masing. Teksturnya selespas di bakar akan rangup dan rasa manis-manis masin gitu!

Mesti ada yang nak try buat untuk sarapan pagi kan? Ha! Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Nizam Ali. Sure korang akan repeat nak buat lagi. Bosan juga minum petang dengan pisang goreng je kan. Sekali sekala kita gabung pula pisang dengan roti. Mesti sedap!

Roti pisang rangup ni di buat dengan hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja. Antara bahannya mungkin sudah tersedia di rumah masing-masing. Pastikan korang guna pisang masak ye. Kalau tak nanti, roti pisang rangup korang tak menjadi.


RESIPI ROTI PISANG RANGUP

Bahan-bahan:

bahan roti pisang rangup

  • Roti gardenia keping
  • Pisang masak
  • Majerin
  • Kuning telur
  • Gula perang – kalau takde, boleh letak gula putih tapi jangan banyak sangat.

Cara membuatnya:

1. Mula-mula, sapu marjerin atas roti.

2. Susun pisang mengikut kreativiti sendiri.

3. Sapu lagi marjerin dan kemudian sapukan pula kuning telur.

4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.

5. Bakar menggunakan Air Fryer dengan suhu 180 C selama 5-7 minit.

6. Siap untuk dimakan!


Siap untuk dihidang! Makan panas-panas lagi sedap! Rangup ye jadinya roti yang dibakar ni. Korang nak bakar dalam oven pun boleh je. Tapi lagi mudah menggunakan air fryer! Actually, air fryer ni sangat memudahkan kita. Lagi-lagi wanita bekerja.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN