Categories: Resipi

Roti Pelangi Lembut Macam Span, Bukan Main Cantik Dia Punya Warna, Confirm Sedap!

Tengok orang lain buat pastri yang sedap belaka, teringin juga cuba dengan air tangan sendiri. Jika begitu, jom kita buat Roti Pelangi sama-sama pada hari ini.

Fifa Ayu telah kongsikan cara buat Roti Pelangi yang cantik dan lembut di Facebook, sesuai untuk mak-mak yang nak tarik anak untuk makan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Pizza Dari Roti Tawar Tanpa Oven, Boleh Masak Guna Kuali Je!

RESIPI ROTI PELANGI

Bahan-bahan campuran tepung:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh yis kering mauripan
  • 3 sudu besar gula putih
  • 1 sudu teh bread improver atau dough softener (tambahan, tiada pun tak mengapa sebab tetap boleh jadi lembut dan naik elok juga jika pandai menguli)

Bahan campuran susu:

  • 1 cawan bancuhan susu full cream (240ml air suam campur 3 sudu besar susu tepung) atau fresh milk
  • 1 biji kuning telur saiz besar

Cara-cara membuat roti pelangi:

1. Mula-mula, sediakan campuran susu dengan memecahkan kuning telur dalam susu dan pukul.

2. Panaskan campuran susu atas api perlahan, cukup sekadar naik buih kecil tepi kuali. tak perlu sampai mendidih. Setelah siap, ketepikan dahulu.

3. Sementara itu, sediakan campuran tepung dengan memasukkan semua bahannya dalam satu bekas untuk diuli (pastikan bekas besar supaya mudah menguli).

4. Ramas-ramas sampai sebati seperti serbuk roti.

5. Tuang campuran susu tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil menguli sehingga dapat doh yang tak melekat (tak semestinya pakai semua susu, ikut pada cara menguli).

6. Selesai tuang susu, sambung menguli lagi (jika ada bread impover, lebih mudah) sampai dapat doh lembut dan elastik, jangan lupa sambil tumbuk dan tonyoh doh.

7. Tutup dalam bekas kedap udara lebih kurang 30 minit sampai doh naik (nak cepat, letak bekas atas heater).

8. Bahagi doh kepada pewarna yang dimahukan (roti yang saya buat ini rasa sirap rose)

  • Pink (sirap rose)
  • Purple (biru + merah + sirap rose)
  • Oren (kuning + merah + sirap rose)

9. Setelah siap mewarna, gelek dan susun adunan secara berlapis, kemudian gulung cermat-cermat.

10. Masuk dalam takung elok-elok dan tutup bagi kedap udara, perlu rehatkan lagi sampai doh mengembang (letak atas heater lebih cepat naiknya).

11. Panaskan dulu oven selama 5 hingga 10 minit dengan suhu 170°C, kemudian bakar roti pada suhu 180°C selama 45 minit atau sampai masak dan keperangan bahagian luar dengan api atas bawah (ikut oven masing-masing).

12. Setelah siap bakar, terus sapu marjerin sementara roti masih panas supaya nampak berkilat dan boleh dipotong . Siap untuk dinikmati!

Roti Pelangi ini sedap juga dimakan bersama gula dan hasilnya yang begitu cantik pasti buatkan ramai tertarik untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Fifa Ayu

Baca juga: Puding Roti Marble Yang Mak-Mak Sekarang Suka Buat, Tak Payah Kukus!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago