roti kelapa

Roti kelapa ini mempunyai inti yang sangat lembut dan berkrim, membuatkan orang yang sedang diet sukar untuk menolaknya! Sangat sempurna untuk buat makan pagi mahupun minum petang.

Di dalam resipi ini, doh menggunakan teknik “polish” yang memberikan struktur lembut dan gebu pada roti. Selain itu, jika anda ingin menggunakan doh polish pada hari yang sama biarkan doh naik di suhu bilik selama 3 hingga 4 jam.

Menarik, kan? Tunggu apa lagi, jom baca resipi di bawah ini!

Baca lagi: Resipi Kek Pelangi Legend Yang Gebu & Wangi, Seronok Tengok Belang Tersusun Cantik!

RESIPI ROTI KELAPA

Bahan-Bahan:

Polish (Doh Awal):

  • 100ml air suam
  • 100g tepung roti
  • 1g yis kering

Doh Utama:

  • 400g tepung roti
  • 20g serbuk susu
  • 4g yis kering
  • 4g garam
  • 55g gula
  • 93ml cecair telur (lebih kurang 2 biji telur yang dipukul sedikit)
  • 145ml santan
  • 50g mentega tanpa garam (lembutkan pada suhu bilik)

Inti Kelapa:

  • 35g mentega tanpa garam (lembut)
  • 30g gula aising
  • 40ml cecair telur (lebih kurang separuh biji telur)
  • 15g serbuk susu
  • 65g kelapa parut kering

Cara-Cara:

1. Doh polish ini merupakan rahsia kepada tekstur lembut roti. Campurkan air suam, tepung roti, dan yis kering dalam satu mangkuk.

2. Kacau hingga sebati dan biarkan doh naik pada suhu bilik selama 30 minit. Setelah naik, simpan dalam peti sejuk semalaman untuk penapaian yang perlahan. Jika anda mahu menggunakan doh pada hari yang sama, biarkan doh naik selama 3 hingga 4 jam di suhu bilik.

3. Pukul mentega yang telah dilembutkan bersama gula aising hingga tekstur menjadi lembut dan berkrim. Masukkan sedikit demi sedikit cecair telur dan gaul hingga sebati.

4. Kemudian, masukkan serbuk susu dan kelapa parut. Kacau sehingga semua bahan bercampur sempurna. Simpan inti kelapa ini sementara anda sediakan doh utama.

5. Campurkan tepung roti, serbuk susu, yis kering, garam, dan gula dalam satu mangkuk besar. Tambahkan 200g doh polish yang telah disediakan sebelumnya, kemudian masukkan cecair telur dan santan.

6. Uli sehingga semua bahan sebati dan doh menjadi lembut. Tambahkan mentega yang telah dilembutkan dan teruskan menguli sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan.

7. Letakkan doh dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak dan tutup dengan kain lembap. Biarkan doh naik selama 1 hingga 1.5 jam atau sehingga ia naik dua kali ganda daripada saiz asal.

8. Setelah doh naik, keluarkan dari mangkuk dan tumbuk sedikit untuk mengeluarkan udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan biarkan rehat selama 15 minit.

9. Ambil salah satu bahagian doh, dan gelekkan hingga menjadi bentuk segi empat tepat. Ratakan inti kelapa yang telah disediakan di atas doh dan gulung doh tersebut seperti gulungan Swiss Roll.

10. Kemudian, potong gulungan tersebut kepada dua bahagian secara menegak. Kepit kedua-dua bahagian ini dan lilitkan untuk membentuk ‘braid‘ atau jalinan. Masukkan dalam loyang roti yang telah dilapik dengan kertas minyak.

11. Biarkan doh naik selama 90 minit sehingga ia memenuhi loyang. Sapukan doh dengan sedikit cecair telur untuk memberikan permukaan yang berkilat apabila dibakar.

12. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Bakar roti selama 35 minit atau sehingga roti bertukar warna keemasan. Jika roti kelihatan terlalu cepat perang, tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan ia terbakar di permukaan.

roti kelapa

Sumber: 2day’s Delights

Baca lagi: Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng ‘Harum Semerbak’, Sampai Jiran Tanya Apa Rahsia!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN