
Dalam banyak-banyak makanan popular pada bulan Ramadan, ramai yang suka resipi Roti Jala sukatan cawan kerana cara membuatnya cukup mudah dan hasilnya lembut.
Roti Jala merupakan makanan kegemaran orang Malaysia yang berasal dari Johor. Apabila ia dimakan bersama kuah seperti kari atau gulai ayam, lebih bertambah lazatnya.
Melalui perkongsian resipi Roti Jala yang menarik di TikTok oleh nh_liaaa, dia juga tunjukkan cara masak gulai ayam yang sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung, Tahan 2 Hari Dengan Cara Ini
RESIPI ROTI JALA SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan untuk roti jala:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan cair
- 1 biji telur
- 2 sudu besar marjerin (yang telah dicairkan)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan-bahan untuk gulai ayam:
- Ayam
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Daun kari
- Rempah kari daging
- Air asam jawa
- Kentang
Cara-cara memasak roti jala:
1. Mula-mula, kisar halus semua bahan.
2. Selepas itu, tapis adunan.
3. Kemudian, masak roti jala atas kuali rata.
4. Akhir sekali, angkat dan gulung.

Cara-cara memasak gulai ayam:
1. Mula-mula, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Selepas itu, masukkan daun kari dan rempah kari daging.
3. Kemudian, masukkan ayam dan air asam jawa.
4. Setelah itu, masukkan kentang dan masak sampai kentang empuk.
5. Masukkan santan dan garam, kemudian masak sampai mendidih.
Resipi Roti Jala sukatan cawan ini sesuai buat mereka yang baru pertama kali membuatnya. Selain itu, anda perlukan kuali non-stick supaya hasilnya lebih cantik nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: nh_liaaa
Baca juga: Cara Membuat Roti Jala Versi Newbie, Pakai Kuali Pun Lembut Hasilnya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














