Petang-petang ini, jom kita buat resipi Roti Gula Kering. Terimbau zaman kanak-kanak bila tengok orang tua-tua makan ini sambil hirup kopi atau teh panas.
Ia adalah sejenis kudapan atau makanan manis yang biasanya dibuat daripada kepingan roti yang dibakar atau kering dan disalut dengan gula.
Baca juga: Focaccia Bread Cara SIMPLE, Sajian Roti Itali Yang Boleh Dicuba
Makanan ringan ini mempunyai banyak variasi dan nama mungkin berbeza di negara yang berbeza. Di sesetengah tempat, Roti Gula Kering juga dikenali sebagai “roti bakar gula,” “roti manis” atau “roti bakar manis.”
Ikuti resipi penuh menerusi perkongsian @nrlsywni ini.
Hari ini Wani nak kongsikan resipi minum pagi atau minum petang. Memang simple dan sedap! Bahan-bahan pun tak guna banyak hanya 3 bahan saja.
Resipi roti gula kering ini memang sedap makan seperti itu atau cicah bersama kopi atau teh. Tetapi, resipi ini menggunakan air fryer. Jika tiada, anda boleh goreng guna teknik deepfry.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, potong roti dan jadikan ia bentuk empat segi kecil.
2. Kemudian, sapu mentega di atas roti. Hanya sapukan pada satu bahagian saja. Dalam bekas lain, letak gula untuk buat celupan roti.
3. Selepas itu, celupkan roti di dalam gula dan ratakan gula sepenuhnya.
4. Masukkan roti ke dalam air fryer dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit. Ulang semua mengikut kuantiti roti yang anda kehendaki.
Okay itu saja bahan dan cara-caranya nak buat. memnag simple. Nak makan petamg bersama mak mertua bolehlah buat hidangan ini. Sedap pun sedpa nanti mak mertua bertambah sayang sebab rajin buat minum petang.
Selamat mencuba resipi mudah ini. Sedap makan bersama teh dan kopi panas.
Sumber: Lemon8 @nrlsywni
Baca juga: Piza Roti Tanpa Bakar, Resipi Guna Roti Buku Ini Dapat 4.4K Shares!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…