roti awan

Apabila bercerita tentang kudapan enak pada waktu petang, terus terfikir tentang roti yang gebu. Jangan tak tahu, ada cara buat Roti Awan yang viral dengan 5 bahan saja tau.

Roti Awan atau dikenali sebagai cloud bread merupakan roti yang lembut, ringan dan mengembang seperti awan. Selain dikukus, roti ini juga boleh dibuat secara bakar.

Roti ini pada mulanya viral di Indonesia, tapi orang Malaysia pun tak ketinggalan untuk cuba membuatnya di rumah. Orang kata, benda tengah viral, mana boleh tengok saja.

Hasil perkongsian Roti Awan oleh Nor Al Fatihah Tihah di Facebook begitu gebu sampaikan ramai tertarik dan ingin tahu tentang resipinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Pelangi Lembut Macam Span, Bukan Main Cantik Dia Punya Warna, Confirm Sedap!

RESIPI ROTI AWAN VIRAL

roti awan

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan putih telur dan gula, kemudian pukul sehingga kembang.

2. Selepas itu, masukkan esen vanilla, tepung jagung dan pukul lagi sehingga stiff peak (bertanduk)

3. Seterusnya, campur sedikit pewarna biru, tapi boleh ganti warna lain jika suka dan tak nak letak pun boleh saja.

4. Kemudian, letak adunan di atas dulang yang dialas baking paper dan ratakan sehingga menjadi bentuk bulat.

5. Akhir sekali, bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 minit dengan menggunakan api atas bawah. Siap untuk dinikmati!

roti awan

Orang Malaysia memang suka resipi menarik seperti Roti Awan yang viral ini. Bukan saja lembut dan gebu, malah ia boleh dimakan dengan pelbagai inti seperti coklat, kaya dan lain-lain.

Resipi ini cukup mudah dan ringkas dibuat. Senang cerita, orang yang tak tahu buat roti pun boleh buat sampai dapat hasil gebu yang menjadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Baca juga: Resepi Roti Kukus Terlajak Gebu, Lembut Macam Ini Memang Puas Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN