mee rojak

Sedapnya kalau hari ini dapat buat resipi Mee Rojak macam Mamak. Ia ialah hidangan yang lazat dan kaya, mencerminkan pengaruh India Muslim dalam hidangan rojak versi ini.

Setiap tempat mungkin mempunyai sedikit kelainan dalam bahan atau cara penyajian, tetapi secara amnya, ini adalah hidangan mee berperisa yang digemari ramai orang di Malaysia.

Baca juga: Reaksi Orang Jepun Dengan Menu Family Mart Dirojakkan Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Shah Shatry ini. 


RESIPI MEE ROJAK STYLE MAMAK

Pertama kali makan rojak mee ini sewaktu saya pergi ke kedai nasi kandar mamak kat pekan kecil di daerah saya nie dgn bapa mertua saya… Dia beli bungkuih bawak balik mkn di umah. Try rasa, MasyaAllah sedapnya.

Hari ni, anak tekak teringin nak makan rojak mee. Mungkin sebab dah lama tak makan rasanya. Di bawah ini saya ada sertakan sekali resipi dari kuahnya, cucurnya hingga lah ke bahan-bahan sampingan dan cara menyajikannya. 

mee rojak

mee rojak

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 4 biji ubi keledek di rebus kemudian di blend dgn sedikit air
  • 4 sudu besar kacang tanah kisar
  • 2 keping gula kerek @ nisan (gula merah pon bleh)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar: 

  • 4 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili kering
  • 1 inci belacan
  • ½ cawan udang kering

Cara penyediaan kuah:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula kerek.

3. Kemudian masukkan ubi keledek yang dikisar tadi beserta kacang tanah kisar.

4. Masukkan air (ikut la banyak mana kuah yang kita nak)

5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Siap.

Bahan-bahan kuih:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • Taugeh
  • Kucai
  • Garam & gula
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Masukkan ke semua bahan di dalam bekas besar kecuali air. Gaul sebati

2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang sesuai (tak cair & tak pekat )

3. Perap adunan 1 jam kemudian boleh lah menggoreng.

4. Bila dah siap, hiris atau gunting kecil-kecil untuk di makan bersama dengan rojak mee nanti. 

Bahan-bahan sampingan yang lain:

  • 1 bungkus mee kuning yg di celur
  • 1 batang timun di hiris kecil
  • 1 biji sedang ubi sengkuang
  • Fish ball secukupnya (di goreng)
  • Fish cake secukupnya (di goreng)
  • Tauhu secukupnya (di goreng)
  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Ubi kentang di rebus kemudian potong dadu
  • Cucur di potong kecil-kecil
  • Cili besar di potong serong
  • Limau nipis
  • Daun bawang di potong kecil-kecil

Cara-cara menghidang:

1. Masukkan mee di dalam mangkuk

2. Masukkan bahan-bahan sampingan

3. Masukkan kuah kemudian kacau

4. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba. 

Sumber: Shah Shatry

Baca juga: Kuah Rojak Bebas Belacan, Pekat Likat Dan Sedap Sampai Menjilat Jari!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN