Sajian Mee Celup boleh dikatakan agak popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam. Tetapi hidangan ini juga masih banyak dijual di kedai-kedai tomyam kerana tukang masak mereka kebiasaanya adalah orang Siam.
Rasa Mee Celup Ala Thai ini juga tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya juga mudah. Jadi apa kata kita cuba resepi Mee Celup ala thai yang dikongsikan oleh Fatyn Nur Syahira di Facebook.
PENULIS
MyResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
RESEPI MEE CELUP
Sajian Mee Celup boleh dikatakan agak popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam. Tetapi hidangan ini juga masih banyak dijual di kedai-kedai tomyam kerana tukang masak mereka kebiasaanya adalah orang Siam.
Rasa Mee Celup Ala Thai ini juga tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya juga mudah. Jadi apa kata kita cuba resepi Mee Celup ala thai yang dikongsikan oleh Fatyn Nur Syahira di Facebook.
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH SUP
Boleh pilih ayam, daging atau tulang lembu
Daun ketumbar
Kicap pekat
Sos ikan
Perencah sup thai
Minyak bawang putih
Kredit: Fatyn Nur Syahira
BAHAN UNTUK MEE DAN HIASAN
Boleh guna bihun, maggi atau mee
Kangkung, taugeh atau daun bawang
Fishball atau crabstick
Isi ayam atau daging
Limau kasturi
Cili jeruk (optional)
Kacang tanah tumbuk (optional)
Cili serbuk thai
Bawang putih goreng
CARA PENYEDIAAN KUAH
Masukkan air separuh periuk dengan ayam, daging atau kalau ada tulang pun boleh juga. Sebab nanti kuah akan jadi lagi manis dari hasil rebusan daging dan tulang tadi.
Bila dah mendidih, masukkan akar daun ketumbar dalam 2 ke 3 pokok dan sos ikan dalam 4 sudu dengan perencah thai 1 paket.
Kemudian masukkan garam dan secukup rasa. Seterusnya, tuang kicap pekat agak mana kita nak kuah tu hitam.
Masukkan minyak bawang putih untuk menambahkan lagi kesedapan kuah. Dalam 3 ke 4 sudu pun sudah mencukupi.
Tutup periuk biar sampai kuah tu mendidih. Taburkan hirisan daun ketumbar dan boleh angkat toskan daging/ayam. Dah sejuk boleh hiris untuk buat makan nanti.
Kredit: Fatyn Nur Syahira
CARA HIDANGKAN MEE DAN BAHAN HIASAN
Celur mee kemudian toskan dan letak tepi. Kangkung dengan taugeh jangan lupa celur dulu.
Hidang sayur dalam bekas bersama fishball, crabstick, serbuk cili, limau kasturi, daun bawang, hirisan daging dan ayam tadi. Kalau nak hidang sekali gula, garam, bawang putih goreng, cili jeruk atau yang lain pun boleh juga.
Kredit: Fatyn Nur Syahira
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.