Categories: Informasi

Rev Media Dilantik Rakan Strategik Platform Digital MyMall Untuk Membantu Para Usahawan PKS

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara REV Media Group (RMG) dan MyMall melalui SME Bank, mencipta sinergi dalam usaha membantu para usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.

Acara pertukaran memorandum persefahaman antara MyMall dan rakan-rakan strategik telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Selangor bertempat di Rerurai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada Jumaat lalu.

KUSKOP telah memperkenalkan sebuah platform digital yang dinamakan MyMall. MyMall adalah platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang dikhususkan kepada usahawan serta produk-produk tempatan. MyMall merangkumi empat paksi utama; e-dagang, latihan, pembiayaan, dan pemasaran.

Sebagai rakan strategik, RMG akan membantu para usahawan PKS di Malaysia dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menggunakan khidmat platform pengiklanan REV Ad Manager (RAM).

RAM adalah gandingan bersama REV Media Group dan Dattel Asia Group, sebuah syarikat data dan analisis pengguna yang menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik.

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau berkata, “RMG akan menawarkan akses yang bernilai  RM750 secara percuma kepada para usahawan PKS dan ahli komuniti perniagaan MyMall untuk mereka mula mengiklankan produk dan perkhidmatan perniagaan mereka.

“RAM dikuasakan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menyasar audiens dengan lebih baik. Kami yakin REV Ad Manager (RAM) dapat membantu para usahawan ini mendapatkan capaian yang lebih luas dan dapat memanfaatkan data dari platform ini untuk membuat keputusan pemasaran yang baik,” tambahnya.

Para usahawan PKS akan dibantu oleh REV Marketing Partners, rakan kongsi platform RAM untuk proses pemasaran produk dan perkhidmatan di MyMall. 

Dengan menggunakan platform REV Ad Manager, usahawan PKS boleh mengiklankan produk mereka secara terus dan memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG di jenama-jenama terkemuka seperti Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times dan banyak lagi.

Sebagai penerbit digital terkemuka di Malaysia, REV Media Group menyambut baik inisiatif ini dan sentiasa berusaha untuk membantu proses pemasaran para usahawan tempatan ke tahap yang lebih baik.

Wan N

Recent Posts

Resepi Asam Tumis Utara, Kuah Masam Pedas & Wangi Bukan Main Lagi!

Kalau suka lauk yang masam, pedas dan cukup membangkitkan selera, resepi Asam Tumis Utara ini…

47 mins ago

Mee Kari Chinese Style Versi Melayu, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Rempah Yang ‘Kick’!

Mee kari Chinese style biasanya lebih sedap dengan kuah yang sedikit cair kerana rasanya lebih…

1 hour ago

Arwah Mak Bagi Resepi Daging Masak Kicap Simple, Kuahnya Kaya Dengan Rasa & Pekat!

Kalau sedang mencari resepi daging masak kicap simple yang mudah dibuat tetapi tetap kaya dengan…

2 hours ago

Cuma Guna Satu Periuk! Resipi Jagung Susu Cheese Ini Sesuai Untuk Sarapan Pagi Yang Cepat

Resepi jagung susu keju ini sesuai untuk anda yang mahukan sarapan ringkas tetapi tetap mengenyangkan.…

4 hours ago

Ayam Gunting Dengan Isi Tebal & Salutan Rangup Ikut Selera, Buat Sendiri Lagi Puas!

Resipi ayam gunting rangup ini sesuai untuk anda yang sering geram apabila salutan tepung terlalu…

18 hours ago

Ini Cara Buat Mi Kuah Daging Yang Menggiurkan, Hasilnya Sedap Sampai Licin Semangkuk!

Kalau sedang mencari idea menu yang berkuah dan mengenyangkan, mi kuah daging ini boleh dicuba.…

18 hours ago