Pencuci mulut ni biasa dapat kat restoran Thai..resepi dari majalah diubahsuai..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Water Chestnut

Pencuci mulut ni biasa dapat kat restoran Thai..resepi dari majalah diubahsuai..

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji sengkuang cina (‘water chestnut’)
  • Beberapa titik pewarna merah/hijau dan air
  • Gula ikut manis
  • 1 mangkuk besar santan sederhana cair
  • 2-3 ulas nangka dipotong dadu (jika suka)
  • 1 sudu besar sagu direndam air panas (jika suka)
  • 2-3 sudu besar tepung sagu/ubi
CARA PENYEDIAAN
  • Sengkuang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu kecil-kecil.
  • Rendamkan sengkuang yang dipotong dalam mangkuk berisi air dan dititik pewarna sehingga terendam supaya semua sengkuang jadi berwarna. Biarkan lebih kurang 10-15 minit dan toskan.
  • Kemudian gaulkan sengkuang dengan tepung ubi hingga rata dan semua sengkuang bersalut tepung.
  • Panaskan air dan bila mendidih, masukkan sengkuang tadi dan kacau supaya tidak melekat. Biar mendidih lagi dan bila sengkuang timbul, angkat dan toskan.
  • Dalam periuk lain, panaskan santan. Masukkan gula. (Ada yang guna santan segar dan tak perlu masak, tapi saya suka masak sekejap). Bila hampir mendidih, masukkan sagu, sengkuang dan nangka. Angkat dan sejukkan.
  • Sedap dihidangkan sejuk-sejuk. Bila hendak makan masukkan parutan ais atau masukkan ke dalam peti ais sebelum makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN