Walnuts cinnamon roll

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Walnuts Cinnamon Roll

Walnuts cinnamon roll

BAHAN-BAHAN

  • *Doh roti:
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 50g mentega
  • +/- 125ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 6g (2 sudu kecil) yis
  • 1/2 sudu kecil garam; 30g gula halus
  • *Untuk sapuan:
  • 25g mentega lembut
  • *’Cinnamon sugar’:
  • 25g walnut
  • 50g gula halus
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • *’Cheese frosting’:
  • 25g mentega
  • 40g gula aising
  • Sedikit esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung. Dalam bekas lain, campur susu dan telur biar jadi 200ml. Kemudian masukkan gula dan garam ke dalam susu dan telur, kacaukan. (Siapa yang berada di negara sejuk panaskan dulu susu, yis, garam dan gula dengan microwave sehingga suhu 35-40C).
  • Buat lubang ditengah, masukkan sikit-sikit campuran telur dan susu tadi sambil digaul sehingga berketul. Keluarkan dari mangkuk dan letaklah di atas papan canai.
  • Buka sikit doh tadi seperti dalam gambar dan letaklah yis di tengah. Tutuplah yis dengan doh. Kemudian uli dengan perlahan supaya yis tak terbang.
  • Uli sehingga tak melekat di tangan.
  • Bahagikan mentega kepada 3 bahagian. Ulikan sikit-sikit dengan doh tadi sehingga licin.
  • Masa menguli dari letak yis sehingga jadi doh yang licin memakan masa 15-20 minit. Bila doh ditarik dengan dua tangan akan membentuk lapisan nipis dan nampak kesan jari, bolehlah berhenti menguli.
  • Sapukan mangkuk dengan minyak atau mentega. Letakkan doh di dalamnya. Tutup dengan plastik. Biarkan naik 2 kali ganda. (Sesiapa yang berada di negara sejuk boleh penaik dengan menggunakan oven..guna suhu 30C selama 40 minit).
  • Tip: Kalau tekan dengan jari dan nampak kesan jari, maksudnya doh kita tu dah naik.
  • Goreng atau bakar dengan oven walnut dulu sebelum digunakan.
  • Campurkan semua bahan untuk ‘cinnamon sugar’. Ketepikan.
  • Canaikan doh selebar 20×40 cm . Sapukan dengan mentega yang dah lembut . Biarkan 1cm pada bahagian hujung doh tidak disapukan mentega.
  • Kemudian letakkan ‘cinnamon sugar’ tadi.
  • Lepas tu gulung dan tekan-tekan bahagian tepi biar bercantum seperti dalam gambar. Kemudian bahagikan kepada 9 bahagian.
  • Letakkan bahagian yang dipotong ke atas di dalam bekas atau loyang yang sesuai.
  • Penaikkan sehingga 2 kali ganda. Bakar selama 10 minit dengan suhu 190C. Kemudian turunkan suhu 180C. Bakar lagi selama 5~8 minit.
  • Sementara itu sediakan ‘cheese frosting’. Campurkan semua bahan-bahan untuk ‘frosting’. Pukul sehingga licin.
  • Letakkan ‘frosting’ ketika roti masih panas-panas.
  • *TIP: Panaskan semula sebelum dimakan lagi rasa sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN