Hidangan ini berasal dari Amerika Selatan yang diperbuat daripada waffles dan ayam goreng yang rangup. Chicken and Waffles sekarang adalah hidangan yang digemari orang ramai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Waffles Ayam Goreng Berempah

Hidangan ini berasal dari Amerika Selatan yang diperbuat daripada waffles dan ayam goreng yang rangup. Chicken and Waffles sekarang adalah hidangan yang digemari orang ramai.

BAHAN-BAHAN

    Bahan-bahan (bahan kisar):
    – 1 1/2 batang serai
    – 1 inci halia
    – 1 inci kunyit hidup
    – 1 inci lengkuas
    – 3 ulas bawang putih
    – 5 biji bawang kecil

    Bahan-bahan (perapan ayam):
    – Bahan kisar
    – 1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
    – 1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
    – 1 sudu kecil biji ketumbar (ditumbuk)
    – 1 sudu kecil garam
    – 1 sudu kecil lada hitam
    – 1 sudu kecil serbuk kari ayam
    – Daun kari

    Bahan-bahan (salutan ayam):
    – 1 cawan tepung gandum

    Bahan-bahan (adunan tepung Santan Waffles):
    – 1 1/2 cawan tepung gandum
    – 1 cawan santan
    – 1 biji telur
    – 1/2 sudu kecil baking soda
    – 1/2 sudu kecil baking powder
    – 1 sudu kecil gula

    Bahan-bahan (Honey Garlic Chili Drizzle):
    – 5 sudu besar madu
    – 2 sudu besar chili flakes
    – Sedikit air
    – 1 sudu kecil garlic salt

CARA PENYEDIAAN
    Cara-cara:
    1. Kisar serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang putih, bawang kecil sehingga lumat.
    2. Perap ayam dengan bahan kisar, jintan putih, jintan manis, biji ketumbar, garam, lada hitam, serbuk kari ayam dan daun kari. Gaul.
    3. Salut ayam dengan tepung gandum.
    4. Goreng ayam sehingga keemasan.
    5. Untuk waffles pula, gaul tepung gandum, baking powder, baking soda, gula, santan dan telur sehingga sebati.
    6. Panaskan waffle maker non-stick anda dan sapukan mentega.
    7. Masukkan satu senduk adunan tepung ke dalam waffle maker dan ratakan.
    8. Masak waffle sehingga menjadi warna keemasan.
    9. Untuk sos Honey Garlic Chili pula, gaul madu, chili flakes dan sedikit air.
    10. Waffles Ayam Goreng Berempah sudah siap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN