Waffle Rangup Crunchy

Resipi ni waffle dia rangup ala2 kedai. Luar crunchy dalam lembut. Siapa suka stail ni boleh try.

Rahsia kerangupan dia ada dalam tepung jagung dan telur putih yang dipukul kembang. Juga, wafflemaker yang betul-betul panas semasa menuang adunan, supaya permukaan luar keras dengan cepat).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Waffle Rangup Crunchy

Resipi ni waffle dia rangup ala2 kedai. Luar crunchy dalam lembut. Siapa suka stail ni boleh try.

Rahsia kerangupan dia ada dalam tepung jagung dan telur putih yang dipukul kembang. Juga, wafflemaker yang betul-betul panas semasa menuang adunan, supaya permukaan luar keras dengan cepat).

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung (3/4 tepung gandum. 1/4 tepung jagung.)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu kecil tepung penaik
  • 1 cawan susu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/6 cawan minyak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila, serbuk pala atau serbuk kayu manis (apa2 perasa)
  • * campuran tepung gandum+tepung jagung adalah untuk menggantikan tepung kek yang agak mahal. Boleh juga guna tepung kek 1 cawan…
CARA PENYEDIAAN
  • Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
  • ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
  • Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
  • Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
  • Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
  • sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
  • Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
  • p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago