Lebih kurang macam masak spageti jugak ni
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Vermicelli Klasik Tomato
Lebih kurang macam masak spageti jugak ni
BAHAN-BAHAN
- 1 paket daging cincang
- sos tomato
- 2 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu butter
- garam dan lada hitam
- 1 tin kecil puree tomato-dalam 300g
- boleh tambah udang atau sotong kalau mahu
- boleh tambah mushroom kalau mahu
- 1 paket vermicelli
- 2 biji tomato yang merah ranum
- boleh letak sayur campur yang warna warni tu
- keju Parmesan untuk di sprinkle akhir skali
CARA PENYEDIAAN
- rebus air sampai menggelegak,masukkan garam,butter dan vermicelli. bila dah masak,toskan air dan basuh dengan air mengalir.lagi elok kalau letak dalam bekas yang ada air batu-ketepikan
- dalam periuk lain,cairkan butter dan tumis semua bawang.bile dah macam berbuih,masukkan daging cincang
- bila daging dah agak2 empuk, masukkan tomato hidup dan puree tomato
- perlahankan api dan masukkan 1/4 cawan air.kalau nak guna udang & mashroom,masukkan sekali skarang
- bila dah semakin pekat,masukkan sos tomato secukup rasa.tambah garam jika perlu.kalau nak guna mixed veggie,letak skarang
- letak vermicelli dalam pinggan dan tuangkan sos.lagi sedap kalau ada tabur keju Parmesan dan tempura ayam yang kecik2 tuh makan sekali.nyam2~
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.