deep fried assorted vegetables in a light delicate batter

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Vegetables Tempura ?

deep fried assorted vegetables in a light delicate batter

BAHAN-BAHAN

  • Sayur sayuran seperti brokolli, bunga kobis, lada benggala, terung, bawang besar Holland, asparagus dll (ikut citarasa sendiri) – dipotong agak besar @ ikut citarasa sendiri
  • 250 ml air sejuk (betul2 sejuk)
  • 200 gram tepung serba guna (sy guna superfine flour)
  • 150 gram tepung jagung
  • sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung serba guna & tepung jagung ke dalam beg plastik. Ikat kemas2. Sejukkan di dalam freezer untuk meringankan lagi tekstur tepung tersebut. AWAS!! Jangan tepung sampai jadi beku pulak. Cukup sekadar tepung sejuk.
  • Ambik tepung yg telah disejukkan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan garam & sedikit air sejuk serta kacau perlahan2 dengan garfu atau chopstick. Masukkan lagi baki air sejuk tadi dan kacau lagi. AWAS!! jangan terlebih kacau! Cukup sekadar air dan tepung sebati.
  • Panaskan minyak. Gunakan minyak baru. Minyak perlu banyak & pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng. Salut sayur-sayuran yg telah dipotong ke dalam adunan tepung satu persatu. Pastikan seluruh sayur tersebut disaluti.
  • Gorengkan sayur tadi. AWAS!! jangan tekan2 sayur tu ke dalam minyak. Biarkan sayur tu terapung dgn bebas di dalam minyak. Balik2 kan sayur tersebut. Goreng lebih kurang seminit atau sehingga kekuningan.
  • Angkat dan toskan minyak yg berlebihan.
  • Boleh dimakan dgn sos cili ataupun sos cili thai. selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN