Vegetable Kurma

Sesuai untuk vegetarian…dan semua ;) Sedap dimakan bersama nasi minyak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Vegetable Kurma

Sesuai untuk vegetarian…dan semua ;) Sedap dimakan bersama nasi minyak…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan2 dikisar bersama :-
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji cili hijau
  • 2 sb kelapa parut
  • segenggam buah gajus (dibelah dua dan direndam dlm air terlebih dahulu)
  • 3 sb serbuk kurma
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • ——————————–
  • 1 batang lobak merah (yang besar….klu kecik gn 2 btg)
  • 1 bunga kobis (cauliflower)
  • 15 batang kacang buncis – potong serong
  • 2 biji ubi kentang – potong empat
  • 2 biji cili merah
  • 5 sb minyak sapi
  • 1 biji tomato – potong empat (ambik yang besar)
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • setangkai daun kari
  • segenggam daun ketumbar
  • garam secukupnya
  • 300ml air – boleh tambah jika mahu
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi dlm kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar dan daun kari.
  • Masukkan lobak merah, bunga kobis, kacang buncis dan ubi kentang. Kacau dan tutupkan kuali kejap.
  • Masukkan pula bahan2 kisar, cili merah, air, tomato dan garam. Gaul rata dan tutup kuali. Biarkan mendidih.
  • Apabila kurma dah masak taburkan daun ketumbar, gaul rata dan padamkan api.
  • Itu sahaja…Vegetable kurma sedia dihidang! ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago