“Makanan kaya protein yang sesuai untuk kanak-kanak sedang membesar”: kata-kata daripada mak tentang kudapan ini.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Vadei
“Makanan kaya protein yang sesuai untuk kanak-kanak sedang membesar”: kata-kata daripada mak tentang kudapan ini.
BAHAN-BAHAN
- 200 gm ( 1 cawan) kacang dal yang telah dibuang kulitnya
- 110 ml air
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- 2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
- 2 tangkai daun kari (gunting halus)
- 1 1/2 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN
- Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.
- Kisar kacang di dalam pengisar bersama air. Kalau mata pengisar tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing. Jangan terlalu banyak nanti adunan cair susah untuk digoreng.
- Letakkan pes tadi ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.