arwah mak memang rajin bercucuk tanam, macam2 hasil kampung ditanamnya termasuklah ubi kayu.(sbnrnya mak menyucuk & tanam jer.. yg menyangkul, buat batas, menyiram semua bapak..hehe) kuih ni mak suka buat utk minum ptg..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

vadei ubi kayu

arwah mak memang rajin bercucuk tanam, macam2 hasil kampung ditanamnya termasuklah ubi kayu.(sbnrnya mak menyucuk & tanam jer.. yg menyangkul, buat batas, menyiram semua bapak..hehe) kuih ni mak suka buat utk minum ptg..

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan ubi kayu parut yg telah diperah air pahitnya.
  • 3 sudu makan tepung ubi
  • 1/2 – 1 cawan kelapa parut putih
  • 5 tangkai cili padi & segenggam udang kering @ ikan bilis – cuci & tumbuk kasar.(jika x suka pedas guna cili merah barang sebatang)
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 5 biji bawang merah – dihiris halus
  • setangkai daun kari – dihiris/digunting
  • garam, gula secukup rasa. minyak utk goreng terendam.
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • gaul sebati semua bahan. suaikan rasanya. jika kering sangat tambah sesudu dua air.
  • ambil sekepal adunan,bulat2kan & dileperkan sikit.
  • panaskan minyak, goreng kuih hingga keemasan. jgn garing sangat nanti keras pulak…
  • angkat & toskan atas tissu dapur. bleh la dimkn bersama kopi pekat.. kena plak masa hujan… pehh! memang nikmat dunia sungguh..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN