Bagaimana cara nak masak Urap Kacang Panjang Bunga Kantan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Urap Kacang Panjang Bunga Kantan

Bagaimana cara nak masak Urap Kacang Panjang Bunga Kantan?

BAHAN-BAHAN

  • 10 tangkai kacang panjang 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • ½ sudu teh belacan 
  • 1 sudu makan jus limau kesturi 
    (Semua bunga kantan, bawang merah, udang jering, cili merah, cili api, belacan & limau kasturi dikisar bersama)
  • 1 cawan kelapa parut muda (yang putih) 
  • ½ biji kubis manis (dihiris halus) 
  • ½ sudu teh gula
CARA PENYEDIAAN
    1. Kacang panjang dipotong anggaran 1 inci. 
    2. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut. 
    3. Masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit dan tuskan. 
    4. Bunga kantan dibelah dua dan hiris halus. 
    5. Masukkan bahan yang dikisar dan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. 
    6. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN