Project Description

Bagaimana cara nak masak Ungkep Ubi Kayu?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ungkep Ubi Kayu

Bagaimana cara nak masak Ungkep Ubi Kayu?

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • Sedikit ikan bilis 
    (Bawang merah, bawang putih & bilis dikisar bersama)
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar 
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit 
  • 1 cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh ubi kayu dan tuskan airnya. 
    2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk ketumbar sehingga wangi, dan pecah minyak. 
    3. Masukkan ubi kayu, air, serbuk kunyit, dan garam. Kacau rata. 
    4. Tutupkan kuali. Masakkan sehingga ubi empuk dan pekat. 
    5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.