Resipi mak mertua dan belajar dari suami.. Boleh juga gunakan resipi ni untuk itik, ayam tua, daging atau ayam biasa. Tempoh memasak dalam 2 jam untuk memastikan daging empuk.
http://yanishak.blogspot.com
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
UNGKEP AYAM KAMPUNG
Resipi mak mertua dan belajar dari suami.. Boleh juga gunakan resipi ni untuk itik, ayam tua, daging atau ayam biasa. Tempoh memasak dalam 2 jam untuk memastikan daging empuk.
http://yanishak.blogspot.com
BAHAN-BAHAN
- 5 sudu teh ketumbar
- 3 sudu teh jintan manis
- 2 sudu teh jintah putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai – diracik
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 batang serai – dititik
- Air asam jawa – agak2 la ikut kemasaman asam jawa korang
- Santan – Agak2 jek sebab xnk terlalu berlemak, kalau xnk letak pn xpe
- Seekor ayam kampung yang telah dipotong
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula
- Cili padi – sekiranya ingin pedas
- Sehelai daun kunyit – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN
- 1. Kisar ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, kunyit, serai, bawang merah dan bawang putih.
- 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar dan 3 batang serai yang dititik tadi hingga naik bau dan naik minyak.
- Masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan juga air dan biarkan mendidih.
- Setelah mendidih masukkan santan dan air asam jawa. Masukkan juga garam dan gula.
- Teruskan memasak sehingga kuah agak kering dan ayam telah empuk.
- Masukkan daun kunyit, gaul sebati dan tutup api.
Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.