masakan ‘ala sushi’ dan jg masakan tradisi kaum Melanau di Srwk. Resepi ini menggunakan udang selain ikan/sotong. Ianya sgt enak dan tdk hanyir krn tlh diawetkan dgn pelbagai ramuan utk menghilangkan baunya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Umai Udang
masakan ‘ala sushi’ dan jg masakan tradisi kaum Melanau di Srwk. Resepi ini menggunakan udang selain ikan/sotong. Ianya sgt enak dan tdk hanyir krn tlh diawetkan dgn pelbagai ramuan utk menghilangkan baunya.
BAHAN-BAHAN
- 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci belacan*
- 1 biji cili merah*
- 1 biji bawang besar (dimayang)
- 3 biji cili api (dihiris) – optional
- 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
- 1 sudu makan cuka
- 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
- sedikit garam dan gula
- utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.
CARA PENYEDIAAN
- Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika. Gambar menunjukkan isi udang yang tlh dihiris. Kalau nak hiris memanjang pun ok.
- Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
- Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td. Gaul sampai sebati. Gambar menunjukkan bahan-bahan yg digunakan utk memerap udang.
- Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td) gambar menunjukkan umai yang baru diperap sebelum masak.
- Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.
- **ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan tenggiri (paling popular), terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas. Cume dayang ade tmbh2 sket.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.