Makanan sampingan org sarawak. Kiranya mcm sushi lah kata org nipon. Sedap dimakan bersama nasi @ biji sago (dari mukah)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Umai Ikan Pirang
Makanan sampingan org sarawak. Kiranya mcm sushi lah kata org nipon. Sedap dimakan bersama nasi @ biji sago (dari mukah)
BAHAN-BAHAN
- 1/2 kg ikan pirang (ikan kuning yg bertulang, kat swk semua panggil nama ni)
- 2 biji limau nipis = 4-5 biji limau kasturi. Guna yg mana senang dicari. Tapi saya sarankan guna limau nipis.
- Sebiji bawang besar (dipotong mcm kat dlm gambar)
- 2 biji cili merah (dipotong kecil). Kalau suka pedas guna cili padi.
- Garam & serbuk perisa secukup rasa.
- 10 tangkai cili kering (dikisar @ diketuk)
CARA PENYEDIAAN
- Kikis sisik ikan dan ambil isinya. Lebih elok guna pisau yang tajam sebab kita nak ambil isinya saja. Kira mcm nak buat fish fillet.
- Masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku kira-kira selama 10 minit. Jika nak asli lagi, isi ikan dijemur di tengah panas matahari. Ini dilakukan supaya isi ikan tidak basah & berlendir semasa proses menghiris kecil-kecil isinya.
- Isi ikan dihiris kecil-kecil mengikut selera sendiri sehingga habis kesemuanya.
- Gaul bersama garam & serbuk perisa secukup rasa.
- Perahkan air limau nipis ke atas campuran tadi. Pastikan ikan nampak keputihan (kira masak lah). Jangan terlalu masam kerana rasa ikan akan hilang.
- Masukkan cili yang sudah dikisar dan gaulkannya.
- Akhir sekali, masukkan cili merah@ cili padi yg dihiris kecil bersama bawang besar.
- Selamat mencuba resepi ringkas ini. Kalau nak lebih…tambahkan kobis masin. Pasti tak toleh orang kat sebelah.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.