dah slalu sgt masak udang kaler merah @ kuning…sje nak terai kaler lain.mase menumis,memang ijau bebenor..tapi dah masuk udang,dia menghale kekuning laks.apepun,dia tetap udang masak hijau..ngeeee…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Masak Hijau

dah slalu sgt masak udang kaler merah @ kuning…sje nak terai kaler lain.mase menumis,memang ijau bebenor..tapi dah masuk udang,dia menghale kekuning laks.apepun,dia tetap udang masak hijau..ngeeee…

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo udang(saiz M/L)
  • 5-6 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 batang serai*
  • 8-10 batang cili hijau*
  • 3 biji cili padi* (ikut tahap kepedasan memasing)
  • 3-4 helai daun limau purut*
  • 1/2 sudu kecil serbuk belacan(yng bukan serbuk pon boleh)
  • sedikit daun ketumbar
  • 1 biji tomato,di potong baji
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Udang diguntingkan muncung,ekor dan kakinya.Bersih dan toskan airnya
  • Kisar bahan bertanda *
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yang dah diblend hingga baunya menusuk kalbu
  • Masukkan belacan dan kacau
  • Masukkan santan dan biarkan mendidih seketika
  • Masukkan tomato,garam,gula dan ejas rasa
  • Masukkan udang,bawang besar dan asam keping,Kacau.
  • Agak2 udang dah bertukar warna dan masak,masukkan daun ketumbar,kacau sebati dan tutup api.
    Jangan masak udang telalu lama..
  • Pabila respi ni dimasak ngn udang yg kecik sket,kaler ijau tu tetap maintain..oren udang tu tak berjaya nak dominate..kehkeh

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN