one of my favourite recipe.. sorry kuantiti bahan i just agak-agak jer…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang masak buttermilk

one of my favourite recipe.. sorry kuantiti bahan i just agak-agak jer…

BAHAN-BAHAN

  • 500g udang (dibuang kulit & saraf kat belakang dia tu) – supaya bentuk udang tu nampak cantik je bila goreng nanti…
  • 80g tepung jagung
  • 40g tepung gandum
  • 150ml susu cair
  • 3-5 helai daun kari
  • 3 tangkai cili hijau
  • minyak untuk menggoreng
  • garam & ajinomoto
  • gula
  • bawang putih (ditumbuk)
  • halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar butter
CARA PENYEDIAAN
  • Perap udang yang telah dibuang kulit bersama garam, bawang putih, & halia yang telah ditumbuk. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.
  • Campurkan tepung jagung & tepung gandum. Setelah itu, panaskan minyak.
  • Lumurkan campuran tepung tadi keatas udang & goreng sehingga masak. Toskan minyak apabila sudah masak & abaikan.
  • Cairkan butter & tumis bawang putih & daun kari sehingga naik bau.
  • Setelah itu, masukkan susu cair & cili hijau yang telah dihiris kecil-kecil.
  • Tambahkan garam, ajinomoto, & gula sebagai perasa. Tunggu sehingga sos mendidih.
  • ** Untuk memekatkan sos, campurkan 1/2 sudu besar tepung jagung bersama 1 sudu besar air & tuangkan ia ke dalam sos. (Jangan terlalu banyak, nanti jadi terlampau pekat).
  • Apabila sos sudah masak, tutup api & tuangkan sos keatas udang yang telah digoreng tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN