Boleh dimakan bersama nasi ataupun sebagai santapan minum petang. Resepi direka sendiri ikut gerak hati..hehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Cucur berNestum

Boleh dimakan bersama nasi ataupun sebagai santapan minum petang. Resepi direka sendiri ikut gerak hati..hehe

BAHAN-BAHAN

  • Anggaran satu mangkuk kecil – Udang jenis/bersaiz kecil
  • 1/2 cawan – Tepung goreng ayam ADABI (boleh juga guna tepung goreng berempah yang jenis lain)
  • 3 sehingga 4 sudu (ikut rasa) – Nestum atau boleh juga diganti dengan oat.
  • 1 cawan – Tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Air masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh udang kemudian toskan.
  • Campurkan tepung goreng ADABI / tepung berempah, tepung gandum dan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.
  • Campuran tepung tadi ditambah dengan air masak supaya campuran tepung tadi menjadi adunan seperti membuat cucur. Pastikan jangan terlalu cair. Panaskan minyak untuk meggoreng.
  • Agak-agak dah ok adunan tepung tu, masukkan udang yang telah ditoskan tadi beserta Nestum. Gaulkan.
  • Bentukkan seperti cucur menggunakan tangan ataupun sudu dan gorengkan didalam minyak yang dah panas. Goreng sampai kekuningan. Siap diangkat dan boleh terus dihidangkan panas-panas.
  • SELAMAT MENCUBA!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN