Masakan favourite Hubby Love, selalu masak untuk Love sefamili. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Berkunyit

Masakan favourite Hubby Love, selalu masak untuk Love sefamili. :)

BAHAN-BAHAN

  • 400gm Udang besar (bersihkan…nak berkulit pun ok)
  • 6 ulas Bawang putih (cincang)
  • 5 biji Bawang merah (cincang)
  • 1 biji Bawang besar (hiris)
  • 1 biji Cili merah (hiris)
  • 5 tangkai cili padi – diketuk (optional)
  • 2 helai Daun kunyit (potong ikut suka)
  • 1/2 st Serbuk kunyit (tambah dan kurang ikut suka)
  • 1/4 st Serbuk lada hitam
  • 1/4 st Serbuk lada putih
  • 1 biji Limau nipis – ambil jusnye (boleh guna lemon)
  • 1 inci Halia (potong 6)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan udang yang telah dibersihkan bersama sedikit garam dan halia. Perap selama 15-20minit. Gorengkan udang dalam minyak secukupnya hingga keemasan, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan bawang merah, cili merah dan cili padi. Kacau.
  • Tambah serbuk kunyit, daun kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebentar dan tambahkan serbuk lada hitam dan putih.
  • Masukkan udang dan gaul sebati. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis tadi. Gaul.
  • Sedia dihidang bersama nasi putih. Nak makan begitu saja pun boleh. Selamat mencuba. ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN