mencari kelainan dlm masakan udang, yg kebiasaannya org masak sweet sour atau 3 rasa.. cuba la..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Blackpepper dgn Brokoli

mencari kelainan dlm masakan udang, yg kebiasaannya org masak sweet sour atau 3 rasa.. cuba la..

BAHAN-BAHAN

  • 350gm udang ~ saiz sederhana
  • brokoli secukupnya
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1/2 in halia ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos blackpepper
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • minyak
  • capsicum merah ~ optional
CARA PENYEDIAAN
  • Perap udang bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang hingga 3/4 masak. Ketepikan.
  • Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. Susun atur brokoli dlm pinggan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
    Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
  • Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan udang. Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti udang menjadi overcook.
  • K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn udang dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper. Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
  • Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
  • Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur td dgn brokoli. Selamat mencuba…
  • * kalau tak nak kukus brokoli tu, boleh gak masukkan sekali dlm kuali bersama2 udang.
  • **K.Nor tambah 1/4 sudu teh lada hitam yg ditumbuk utk membangkitkan rasa lada hitam sbb bila guna guna sos blackpepper dlm botol ni rasa lada hitam tu tak membangkit sgt kan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN