Ringkas dan umph!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Udang Bendi Lemak Kuning
Ringkas dan umph!
BAHAN-BAHAN
- 15 ekor udang basah (dibuang kulit dan dibelah belakang)
- 2 cawan santan
- 15 batang bendi
- 7 batang cili api (dikisar halus)
- 1 biji bawang besar (dibelah 6)
- 1 batang serai (dititik)
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 asam keping (kecil)
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan santan + kunyit+ serai + bawang dan cili padi, kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan udang + bendi dan garam. Kacau seketika dalam 2-3 minit. Selepas itu letak asam keping. Angkat. Siap untuk disantap.
- Jangan masak terlalu lama, isi udang akan mengecut dan bendi akan menjadi lembik. Sentiasa kacau agar kuah ni tak pecah minyak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.