Buat sarapan atau dimakan bila2 waktu…Sesuai jugak buat juadah berbuka…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Ubi Sira Bersantan™

Buat sarapan atau dimakan bila2 waktu…Sesuai jugak buat juadah berbuka…

BAHAN-BAHAN

  • 500 g ubi – yang telah dibuang kulit dan potong kecil
  • 500 ml air atau secukupnya – untuk merebus ubi
  • 1/2 sk garam
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 150 g gula melaka – dihiris
  • 1/4 cawan air
  • Bahan Untuk Dadih Santan:-
  • 250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 sb tepung beras dilarutkan dengan 2 sb air
  • 1/2 sk garam
CARA PENYEDIAAN
  • Siapkan santan dahulu dan ketepikan:-Santan,garam,daun pandan dimasak dan masukkan larutan tepung beras dan masak hingga pekat.Ketepikan.
  • Gula melaka dan 1/4 cawan air dimasak hingga mendidih dan tapis.
  • Ubi,air,garam dan daun pandan direbus hingga empuk.Toskan.
  • Gula melaka dimasak semula dalam kuali dan masak hingga pekat sedikit dan masukkan rebusan ubi tadi dan gaul hingga sebati.Siap untuk dihidangkan.
  • Ketika menghidang,bubuh ubi sira di dalam piring atau bekas kecil dan siram dengan sedikit dadih santan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN