Tuna boleh juga digantikan dengan sardin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tuna Stick

Tuna boleh juga digantikan dengan sardin.

BAHAN-BAHAN

  • *200g tepung gandum
  • *20g gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil serbuk penaik
  • 20g mentega
  • 140ml susu segar
  • Inti:
  • 1 tin tuna
  • 1/3 biji bawang besar – dicincang
  • 2 sudu besar sos cili/tomato
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar serata.
  • Masukkan pula susu dan mentega. Uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk. Tutup dengan kain lembap/plastik. Biarkan selama 30 minit.
  • Sementara itu, sediakan intinya. Panaskan minyak. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Kacau sehingga inti agak kering. Padamkan api dan sejukkan.
  • Bahagikan doh kepada 6 biji. Buat bentuk seperti gambar.
  • Canaikan doh tadi dan letak inti di bahagian tengah.
  • Kemudian tutup rapat-rapat.
  • Gentel sikit biar jadi bentuk yang cantik.
  • Gunting bahagian atas doh. Kemudian ayakkan sedikit tepung ke atasnya.
  • Bakar dengan suhu 200C selama 15-20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN