Project Description

Bagaimana cara nak masak Tumis Lemak Labu Kuning?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tumis Lemak Labu Kuning

Bagaimana cara nak masak Tumis Lemak Labu Kuning?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg labu kuning 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 batang serai (diketuk) 
  • 1 helai daun kunyit (dikoyak) 
  • 3 biji cili merah      
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 cawan air 
  • (Cili merah dan bawang merah dikisar bersama air)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar) 
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar) 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 cawan santan pekat 
CARA PENYEDIAAN
    1. 1 Buangkan biji labu dan potong kecil. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak. Tumis serai, daun kunyit, dan bahan yang dikisar sehingga wangi.
    3. Masukkan air, labu, lada hitam, bawang besar, udang kering, dan garam. 
    4. Masak sehingga mendidih dan labu menjadi lembut. 
    5. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.