Project Description

Bagaimana cara nak masak Tumis Berempah Lobak Putih?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tumis Berempah Lobak Putih

Bagaimana cara nak masak Tumis Berempah Lobak Putih?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 biji lobak putih 
  • 2 sudu makan rempah kari 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan biji sawi
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit lobak putih dan potong kecil-kecil. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    3. Masukkan rempah kari dan air asam jawa. Kemudian kacau rata. 
    4. Apabila pecah minyak, masukkan lobak putih dan garam. Kacau sehingga pecah minyak sekali lagi. 
    5. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.