Penyediaan yang ringkas dan cepat. Enak sekali jika ada sambal belacan dan ikan masin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tumis Air Kobis Sotong

Penyediaan yang ringkas dan cepat. Enak sekali jika ada sambal belacan dan ikan masin.

BAHAN-BAHAN

  • 4 helai kelopak kobis – potong memanjang
  • 1 ekor sotong besar – dibersih, kelar2 dan ptg kecil
  • 1 biji bawang merah sebesar bola pingpong – hiris
  • 1 ulas bawang putih – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh)
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika mahu)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak zaitun dalam kuali (wajan). Tumiskan bahan hiris hingga layu.
  • Masukkan sotong kemudian air. Biar mendidih.
  • Masukkan sayur kobis dan perasakan garamnya. Campurkan serbuk perasa jika mahu.
  • Renih sebentar. Tutup api.
    Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending