Kegemaran budak-budak…resipi ringkas, penyediaan tak sampai 10 minit!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Truffle Coklat
Kegemaran budak-budak…resipi ringkas, penyediaan tak sampai 10 minit!
BAHAN-BAHAN
- 1/2 cawan cip coklat
- 113g krim keju, dilembutkan
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 3/4 cawan gula ‘confectioner’
- Untuk salutan:
- 3 – 4 sudu besar badam halus
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan cip coklat sama ada dengan ketuhar atau teknik ‘double boiler’. Cairkan hingga hampir cair sahaja. Kemudian kacau dan biarkan ia sejuk.
- Dengan pengadun, pukul krim keju sampai lembut. Tambah coklat cip tadi dan pukul lagi hingga lembut.
- Tambahkan serbuk koko dan 1 cawan gula, kacau dengan spatula hingga sebati. Kemudian, tambah baki gula tadi (iaitu 3/4 cawan lagi), dan kali ini lebih senang menggaul dengan menggunakan tangan saja, teruskan gaul hingga dapat doh yang lembut.
- Taburkan dulu badam halus dalam bekas leper sedikit. Kemudian, bentukkan doh kepada bentuk bulat-bulat (kira-kira dalam saiz 2.5cm, atau saiz muat-muat dalam cawan kertas). Kemudian golek-golekkan atas badam halus tadi, dan letak dalam acuan cawan kertas. Buat sampai habis, akan dapat dalam 24 biji. Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
- NOTA: Jika sukar nak bentukkan, masukkan adunan dalam peti ais dalam 15 minit, kemudian baru golekkan atas badam halus.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.