Kek durian yang lembut dan lemak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Tropical Durian Butter Cake™

Kek durian yang lembut dan lemak.

BAHAN-BAHAN

  • 250 g mentega atau majerin
  • 220 g gula kastor/halus
  • 4 biji telur
  • 250 g isi durian – dilecek
  • 1/4 sk esen durian (opt.)
  • 230 g tepung naik sendiri*
  • 1/4 sk bicarbonate of soda*
  • 1/8 sk baking powder* (ayakkan bahan2 bertanda * )
  • 10 sk serbuk santan
  • beberapa titik pewarna kuning lemon (opt.)
CARA PENYEDIAAN
  • Loyang dialas kertas dan sapu mentega sekelilingnya. Panaskan oven pd suhu 170C.
  • Dalam mangkuk pengadun,pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu-persatu sambil dipukul hingga sebati.
  • Masukkan isi durian dan esen durian dan gaul rata.
  • Masukkan pula campuran tepung dan serbuk santan sedikit2 sambil dikaup-balikkan dalam adunan hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah sedia dan ratakan.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 40-45 min.
  • Sejukkan kek di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN