resepi ni tanpa perencah tomyam tapi rasanya sama..tak perlu risau pasal sakit perut akibat perencah tomyam atau bahan2 pengawet yang diterdapat dalam perencah tomyam….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tomyam tanpa perencah tomyam
resepi ni tanpa perencah tomyam tapi rasanya sama..tak perlu risau pasal sakit perut akibat perencah tomyam atau bahan2 pengawet yang diterdapat dalam perencah tomyam….
BAHAN-BAHAN
- 1 kilo ayam dipotong kecil2.
- 1/2 kilo daging dipotong kecil2 dan direbus sehingga betul2 empuk dengan air yang banyak..air jangan buang.
- (udang, sotong dan bahan2 lain yang anda suka bolih dibubuh jika suka…resepi ini hamba tak bubuh)
- 4 batang serai
- 5 6 helai daun limau purut.
- 7,8 keping asam keping..ambil yang besar2…(supaya masam lebih…tak masam xbest)
- 8 sudu besar cili giling..(pastikan pedas sebab tomyam kene pedas)
- cili api untuk penambah pedas…hanya perlu diketuk sahaja..kuantiti terpulang kepada anda.
- 2 sudu sos tiram.
- 4 sudu sos cili kimball bagi mengimbangi rasa cili giling.
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk.
- minyak untuk menumis- bubuh lebih sikit
- Untuk sayur2an bolihlah bubuh 2 ketul kobis bunga, 3 biji bawang holand, 2 ketul lobak merah. (semua ini kene hiris ikut kesukaan anda)
- air untuk kuah jika air rebusan daging tidak mencukupi..(agak2 sehingga cukup kuah untuk masakan ini)
- Garam dan tok aji.
CARA PENYEDIAAN
- Mukadimah: perut hamba tak tahan dengan perencah tomyam yang dijual dikedai kerana hamba berpenyakit kencing manis tahap 2 yang mana bahan2 perencah yang dijual dikedai akan membuatkan hamba sakit perut maka hamba buat macam ini. Rasanya lebih kurang sama.
- Mula2 tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukan cili giling….pastikan cili itu ditumis lama supaya tak sakit perut kemudian baru masukan sos cili, sos tiram dan ayam…..bagi ayam itu masak sedikit kemudian baru tuang air rebusan daging bersama dengan daging sekali.
- Masukan daun limau purut, asam keping, serai dan biarkan ia menggelegak sehingga ayam empuk…kemudianbaru masukan lobak merah….
- Rasa garamnya, bubuh tok aji dan pastikan tomyam ini kene rasa masam dan pedas…kemudian barulah bubuh bawang holand dan bunga kobis…
- Tak perlu tunggu lama setelah memasukan sayur…bolih tutup api jika ia fdah menggelegak sedikit…jika anda nak bubuh udang atau sotong sila lakukan sebelum memasukan lobak merah tadi.
- Cili api hanya bolih dimasukan jika mendapat persetujuan dari ahli keluarga yang suka extra pedas….dan jika masih kurang masam kerana tak pasti masa membubuh asam keping maka anda bolih perahkan asam limau kasturi setelah tomyam ini masak.
- Hidangkan masa panas…habiskan jangan simpan kerana rasanya akan berubah bila disimpan dalam peti….anda bolih kurangkan kuantiti bahan2 diatas jika nak buat sedikit….yang penting baca bismillah bila memasak supaya syaitan tak berenang dalam tomyam anda.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.