Masakan Thailand

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tom Kha Gai

Masakan Thailand

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan pati ayam (saya larutkan 1 kiub pati ayam dalam 2 cawan air suam)
  • 2 cawan santan
  • Isi ayam (boleh letak sebanyak mana yang mahu)
  • 3 tangkai cili padi
  • 5 hirisan lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu makan perahan limau
  • 1 sudu makan sos ikan
  • secubit gula
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 1-2 bawang holland (di belah empat)
  • 4 biji tomato
  • cendawan butang
  • 2 biji bawang besar (tak perlu belah atau hiris)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan pati ayam dan santan ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana. Tutup periuk hingga ia mendidih
  • Kemudian masukkan lengkuas, cili padi, serai, bawang besar dan daun limau purut. Tutup dan biarkan 4-5 minit.
  • Masukkan isi ayam, cendawan butang dan bawang holland, sos ikan, perahan limau dan gula.
  • Akhir sekali masukkan tomato.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN