Olahan resepi internet dan citarasa sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tofu Bersos Tiram Cendawan

Olahan resepi internet dan citarasa sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping tofu lembut (soft tofu) – dipotong 4
  • Tepung jagung
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Cendawan butang – dipotong
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong mengikut suka (bulat, batang mancis etc)
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1/2 biji bawang besar – dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • Garam + gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis.
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak untuk menggoreng. Ambil sedikit tepung jagung dan letak didalam bekas. Ambil tofu yang telah dipotong tadi dan salut dengan tepung jagung. Buat satu persatu dan berhati-hati sebab tofu ni sangat lembut. Goreng tofu tadi dan angkat bila sudah kekuningan. Letak dalam bekas.
  • Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah + putih hingga wangi.
  • Masukkan cendawan. Goreng sekejap. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan lobak merah. Goreng lagi.
  • Ambil 1/2 sudu kecil tepung jagung. Bancuhkan dengan sedikit air. Masukkan kedalam bahan yang digoreng. Tambah air jika kuah terlampau pekat.
  • Biarkan kuah mendidih sebentar dan rasa. Tambah garam + gula mengikut citarasa. Tutup api.
  • Tuang kuah tadi ke atas tofu yang telah siap digoreng dan diletakkan dalam bekas. Untuk tofu rasa rangup, tuang kuah pada tofu hanya apabila anda sedia untuk makan.
  • Nota : Jika suka, boleh masukkan telur putih pada langkah 4.
  • Selamat mencuba! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN