Easy and yummy…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tiramisu Biskut

Easy and yummy…

BAHAN-BAHAN

  • 16 keping biskut marie
  • 20g gula halus
  • 100ml air suam
  • 4 sudu kecil serbuk kopi segera
  • ***
  • 3 biji telur kuning (saiz L)
  • 25g gula halus
  • 150g keju mascarpone
  • ***
  • 3 biji telur putih – (saiz L) sejukkan dalam peti ais
  • 25g gula halus
  • Serbuk koko secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.
  • Sirap: Campurkan gula dan kopi segera ke dalam air suam, kacau dan ketepikan.
  • Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas (60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas. Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yang selebihnya. Kacau lagi.
  • Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. Kacau lagi.
  • Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.
  • Ambil biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat (boleh guna ‘tupperware’). Kemudian masukkan adunan mascarpone…biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.
  • Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  • Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN