Masakan Thai yang telah diubahsuai. Mangga boleh digantikan dengan epal hijau.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Thai Mango Salad

Masakan Thai yang telah diubahsuai. Mangga boleh digantikan dengan epal hijau.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji mangga hijau (dipotong memanjang macam mancis)
  • 1 biji timun (buang biji, dipotong memanjang macam mancis)
  • 1 lobak merah (dipotong memanjang macam mancis)
  • ½ biji bawang besar (dihiris nipis, direndam dalam air garam selama 30 minit)
  • 1 pokok kecil daun ketumbar (dipotong sama saiz dengan mangga)
  • 1 sudu besar udang kering (dicuci and diketepikan)
  • 300gm udang atau sotong (dibersihkan)
  • **Bahan-bahan untuk perasa**
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 biji cili padi/api (buang bijinya)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Rebuskan udang atau sotong sampai masak, keluarkan dari air panas dan terus dimasukkan dalam air sejuk dengan ketulan ais. Rendam selama 5 minit dan diketepikan (simpan dalam peti sejuk).
  • Masukkan mangga, timun, lobak merah, bawang besar dan daun ketumbar dalam mangkok besar dan gaul sehingga rata. Disimpan dalam peti sejuk sebelum makan.
  • Sediakan perasa. Tumbukkan bawang putih, halia dan cili padi, masukan gula, sos ikan dan jus lemon. Dikacau sampai sebati.
  • Isi bahan-bahan (langkah 2) dalam pinggan (biar macam bukit), taburkan udang dan udang kering.
  • Ini gambar salad saya buat dengan kaki ayam yang telah dibuang tulangnya. Kat sini boleh beli kat kedai ‘Vietnamese’.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN