Masakan fusion, seakan2 masak kicap tapi sedikit berbeza dengan menggunakan sos hoisin

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

TERUNG SOS HOISIN

Masakan fusion, seakan2 masak kicap tapi sedikit berbeza dengan menggunakan sos hoisin

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji terung ungu, saiz sederhana
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris memanjang
  • 1 biji cili hijau, hiris memanjang
  • 1 keping fishcake, hiris
  • 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
  • 1 camca besar sos hoisin
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap pekat
  • 1/3 cawan air
  • 1/3 camca teh lada sulah
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci terung, kemudian hiris serong memanjang pada saiz sederhana tebal. Kemudian gaul dengan sedikit garam. Goreng terung dalam minyak panas hingga warna bertukar dan terung lembut sedikit. Angkat, toskan dan taruk atas tissue dapur dan biarkan minyak terserap. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 3 camca besar. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau hingga layu, Masukkan sos tiram, sos hoisin dan fishcake. Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah kicap pekat dan air, kacau dan bila mendidih, masukkan soo hoon (toskan airnya). Masukkan serbuk lada sulah, kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung yang telah disusun dalam pinggan tadi. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan segera bersama nasi panas..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN