resipi sendiri..cuma gi belajar buat takungnya dgn kwn..kak Yang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tepung Pelita Gandum

resipi sendiri..cuma gi belajar buat takungnya dgn kwn..kak Yang.

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan santan ( 1 biji kelapa )
  • 1 1/4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang secukupnya
  • Stapler ( utk membentuk takung )
  • Sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Blend daun pandan dengan santan kemudian tapis.
  • Blend tepong, garam dan santan sehingga sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu biar warna putih dan satu lagi warnakan hijau.
  • Daun pisang di lap kemudian layur di atas api, supaya senang nak membentuk takungnya.
  • Potong daun pisang berukuran 8cm x 12cm. Ambil 2 keping, maka bentukan empat segi, klip dengan stepler. Kalau sekeping, takung tu jadi lembik, susah nak letak dia dlm kukusan.
  • Dah siap semua takung, susun di dalam kukusan. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
  • Masukan 1/4 sudu kecil gula kedalam takung, tuang separuh takung adunan warna hijau. kukus selama 5 minit.
  • Buka penutup kukusan, tuang adunan putih pula, kukus lagi selama 5 minit. Kukus tak bolih lama nanti bahagian kepala dia tak cantik..masuk dek wap..
  • Dah pun masak..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN