di lupa jangan -kuih tradisi kita
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tepung bungkus
di lupa jangan -kuih tradisi kita
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan santan
- secubit garam
- daun pisang di layang skit ke ats api kecil
- utk inti;
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-3 keping gula melaka
- 4 sudu tepung pulut
- sehelai daun pandanh di simpul
CARA PENYEDIAAN
- Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
- Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.