Project Description

Bagaimana cara nak masak Tenggiri Masak Kicap?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tenggiri Masak Kicap

Bagaimana cara nak masak Tenggiri Masak Kicap?

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 biji cili hijau 
  • 2 biji cili merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia
  • (Cili hijau, cili merah, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama)
  • ½ cawan air asam jawa 
  • ½ cawan kicap 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak secukupnya 
CARA PENYEDIAAN
    1. Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan serbuk kunyit. 
    2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga masak (tidak perlu garing). 
    3. Tinggalkan anggaran 3 sudu makan minyak bagi menumis. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga layu. 
    4. Masukkan air asam jawa dan kicap. 
    5. Apabila mendidih, masukkan ikan dan kacau rata. 
    6. Taburkan daun bawang dan sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.