Tempe buatan sendiri di rantau orang
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tempe Buatan Sendiri
Tempe buatan sendiri di rantau orang
BAHAN-BAHAN
- 1kilogram kacang soya
- 2gram ragi tempe
- 8 keping beg plastik sandwich
CARA PENYEDIAAN
- Rendam kacang soya semalam.
Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal.
Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin - Rebus selama 45minit ke 1 jam.
Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal.Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.
- Tos kacang soya dan keringkan.
Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin. - Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.
Di UK/Europe kami boleh dapati dari kedaiperantau.blogspot.com atau di tempe.info.com
Jika di KL, banyak ragi tempe boleh di dapati di Chow Kit. - Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang.
Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus - Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata.
oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.
- Letak di tempat yang panas- jika di UK di tepi heater sehingga dia berpeluh.. jika di Malaysia letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam.
Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.
- Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.