Resepi asal inti daging tapi tak da ubah sikit guna apa yg ada kat dapur..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Temosa Inti Sardin

Resepi asal inti daging tapi tak da ubah sikit guna apa yg ada kat dapur..

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sardin sedang
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 3 biji bawag putih cincang lumat
  • 1 camb garam masala ( boleh lihat dalam dapo kita cara2 nak buat )
  • 2 camb/ 1 peket kecil ~ 25g rempah kari daging/ikan bancuh dengan sedikit air
  • 1 camb kicap pekat manis cap udang
  • 1 tangkai daun kari di lurut daunnya
  • 1/2 cawan air,garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji kentang saiz penumbuk dipotong dadu
  • 2 biji lada merah buang biji dan cincang/hiris nipis2.
  • Bahan pastri
  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • Secukup minyak untuk menggoreng
  • 11/2 cawan air + 1 camt garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak-Tumis bawang besar dan bawang putih hingga bau wangi.
  • Masukkan lada hiris,rempah kari, garam masalah, daun kari kacau sebati.
  • Masukkan kentang dadu tambahkan air biar hingga kentang setengah empuk barulah masukkan sardin ,kicap, garam dan gula secukup rasa.( Sambil kacau2 agar sardin hancur dan sebati..
  • Pastikan api perlahan kacau hingga kentang empuk. Sejukkan…Lebihan minyak pada inti boleh lah di buang/ditekan2 dengan kertas tisu dapur.
  • Pastri..Minyak masak di panaskan dan masukkan ke dalam tepung.Gaul rata dengan senduk bila agak sejuk gaul dengan hujung jari hingga berderai…
  • Masukkan air bercampur garam sikit2 sambil uli…jangan semuakan air jika sudah elok menjadi doh.
  • Ambil sedikit canai nipis dan bentuklah seperti karipap..( Di tempat saya jika berinti daging ayam @ sardin tak lagi dipanggil karipap tapi temosa/tembosa.
  • Kelim tepinya seperti karipap..Selalunya berbentuk bulat tapi saya nak cepat guna cetak karipap barulah kelim..Buat hingga habis
  • Goreng seperti biasa dengan minyak perlahan…hingga kekuningan.
  • Inti yg lebih boleh dibuat inti samosa seperti dalam resepi saya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN