Masakan mudah dan sedap!!!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Telur Masak Sambal
Masakan mudah dan sedap!!!
BAHAN-BAHAN
- 4 biji telur (direbus, buang kulitnye dan digoreng bulat2 dahulu) – Love tak goreng psal nak cepat…hihi
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
- segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
- 1 bawang besar – potong bulat
- 1 batang serai – diketuk
- sedikit air (optional)
- garam secukup rasa
- minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
- Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan serai dan bawang besar…tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
- Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
- Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
- ***Bg mrk yang minat telur goreng…boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan…;)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.