Resepi warisan ibu, yg simple dan menjadi kegemaran keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Telur Kicap Bercili

Resepi warisan ibu, yg simple dan menjadi kegemaran keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur ( goreng mata kerbau)
  • 1 biji bawang besar( hiris bulat2)
  • 2 biji bawang putih(cincang lumat
  • 10 biji cili api merah dan 5 biji cili api merah.Sebiji2 / potong dua serong.
  • 1/2 cawan kicap pekat manis cap kipas udang/ikut suka
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan dalam bekas/mangkuk telur yg telah digoreng mata.
  • Panaskan minyak dalam kuali(gunakan minyak baki goreng telur) dan tumis ke dua2 bawang hingga wangi/ layu.
  • Masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan sos tomato , gaul rata.
  • Tambahkan air kacau rata dan biar mendidih
  • Masukkan cili api, biar agak layu angkat dan curahkan atas telur mata tadi. Boleh hidangkan panas2 bersama nasi..amat membuka selera..
  • Selalunye buat waktu anak2 tak da selera makan . dan kemalasan melanda

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN