resepi kegemaran makcik..sempoi je..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Telor goreng bercili
resepi kegemaran makcik..sempoi je..
BAHAN-BAHAN
- 5 biji telor rebus
- 5 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 10 tangkai cili kering (direbus dahulu kemudian dibuang airnya)
- sedikit belacan
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- minyak untuk menumis, garam, gula
CARA PENYEDIAAN
- panaskan minyak. goreng telur yg telah direbus tadi sehingga kekuningan kulitnya. kemudian angkat dan ketepikan
- blend kering bahan2 seperti bawang putih, merah dan cili. blend lumat.
- tumis bahan2 blend menggunakan minyak tadi. bila dah kekuningan masukkan belacan. tumis lagi sehingga cili masak. masuk kan sedikit air. isi garam dan gula ikut rasa sendiri. biar lagi, kacau hingga keluar minyak.
- masukkan bawang besar. kacau hingga bawang layu. kemudian boleh la masukkan telur. kacau2 rata, boleh la diangkat.
- boleh dimakan dengan nasik putih je. lagi sedap kalau masak waktu pagi..tengah hari tu makan..sebab cili dia dah sebati…cuba la..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.